awas! cuti !
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Awas ! Cuti !
tajuk yang mungkin kelihatan pelik :)
tapi hakikatnya banyak cubaan waktu cuti ni. kalau masa sekolah , terutamanya yang duduk asrama , boleh bangun awal, boleh solat berjemaah di awal waktu , boleh bangun tahajjud .. tapi bila cuti.. seolah-olah bercuti dari semua tu.
masa cuti ni lah kita selalu enjoy habis-habisan .. asyik2 shopping .. hang out dengan kawan-kawan. memang tak salah semua tuu .. cuma kadang-kadang banyak yang tak terjaga.. pandangan tak jaga .. $ tak jaga .. waktu solat pun tak jaga.
kenapa ? kita biarkan hati kita dijangkiti penyakit hati, semakin hari semakin parah . sehingga akhirnya hati keras membatu.
1.apabila mendengar Al-Quran,hatinya seakan enggan kepada kalimah Allah itu,bahkan masalahnya bertambah banyak.
2.apabila ditegur,dia tidak memikirkan teguran itu,bahkan menyalahkan pula orang yang menegurnya dengan perkataan seperti "orang yang menegur itu pun tidak sempurna" dan lain-lain.
3.apabila dipuji,dia sering teringat-ingat akan pujian itu sehingga melalaikannya.
4.tidak malu berbuat dosa di hadapan khalayak.
5.mengumpat menjadi kebiasaan baginya.
cuba cek? kita tergolong dalam golongan di atas ? nauzubillah min zalik
dan seperti yang kita sedia maklum, setiap penyakit ada ubatnya. antara ubat hati adalah.. macam lagu opick..
Ubat hati ada 5 perkara .
1. Baca Quran dan maknanya
2.Solat malam dirikanlah
3. Berkumpullah dengan orang soleh.
4. berbanyaklah berpuasa.
5. Zikir malam berpanjanglah.
Bila kita memperbaiki dalaman kita.. rohani kita.. Allah berjanji Allah akan memperbaiki luaran kita..1. Baca Quran dan maknanya
2.Solat malam dirikanlah
3. Berkumpullah dengan orang soleh.
4. berbanyaklah berpuasa.
5. Zikir malam berpanjanglah.
Namun memang hakikatnya, melaksanakannya tak semudah mengungkapkannya ..
Oleh itu, tabah, komited, dan konsistenlah dalam usaha kita untuk merawat hati kita..
jangan mudah berpuas hati dengan amalan kita, sentiasa usaha untuk tingkatkan .
jangan putus asa dengan rahmat Allah.. bila kita berusaha mendekati Allah , Allah berjanji Dia akan mendekati kita juga..
dan jauhkanlah diri kita dari perkara-perkara yang kita rasa bila kita berhadapan dengannya , akan meruntuhkan benteng hati kita..
maksud saya... contohnya.. bila kita pergi jalan2 kat taman ... kita tak mampu nak kawal pandangan ... sedangkan menjaga pandangan adalah salah satu langkah penting dalam menjaga hati .. jadi jika tak perlu .. eloklah kita jauhkan .. memang susah. tapi kena usaha ! usaha ! usaha!
Hati yang sihat, suci bersih itu anugerah Allah yang .. subhanallah..tak terkira nikmatnya .. jika hati sakit, roh pun sakit ... tak segan ke kita nak menghadap Allah dengan roh yang sakit..
jadi, soal hati sakit, hati mati ni tak boleh pandang remeh .

Sebab tu bila hati sihat.. terhapus ego.. terhapus rasa iri hati ssma sendiri ..
yang lahir adalah sifat kasih sayang .. rajin membantu .. rasa cinta pada Allah ..
dari situ kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk Allah .. kita akan tingkatkan produktiviti...
pointnya di sini. hati adalah titik permulaan segala-galanya.
oleh itu, untuk menjaga hati, kena jaga amalan... di sini saya sertakan sampel muttabaah amal.. untuk kita memantau ibadah kita..
Perkara/ Hari | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | Catatan |
Solat awal waktu | ||||||||
Ma’thurat | ||||||||
Baca al Quran | ||||||||
Tadabbur al Quran | ||||||||
Tahajjud | ||||||||
Majlis ilmu / bahan ilmiah | ||||||||
Sifat mahmudah | ||||||||
Sifat mazmumah | ||||||||
Ibadah umum |
Buat ikut kemampuan ..
Sifat mazmumah dan sifat mahmudah tu tak bermaksud satu hari tanam satu sifat mahmudah .. dan buang satu sifat mazmumah ..
tapi tetapkan.. dalam tempoh masa _ . aku nak jadi orang yang _ dan aku xnak _ lagi.
tak dilupakan jugasolat dhuha.. pembuka pintu rezeki.. solat para nabi :)
ibadah umum tu luas .. macam tolong menolong.. dan sebagainya :)
dan insyaallah kita tingkatkan dari masa ke masa.
insyaallah dengan doa , usaha , istiqamah , tawakkal ( formula DUIT bak kata ayahanda ) .. kita akan mampu mensucikan hati kita :)
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~